Wednesday, 9 April 2014

INI BELUT

SANGAT-SANGAT SEDAP.... Menanggis o... balik kampung mak masakan belut... kami tiga beranak ja makan, ayah nyer orang KL...kami orang kampung :) :)

SELAMAT MENJAMU MATA....


AGLIO OLIO

sangat simple sangat senang sangat sedap 

dan 
 
sangat kenyang...




Nak resepi tak ------- untuk 4 orang makan yer

spaghetti - 1/2 bungkus
bawang putih 5 ulas dicincang halus
cilik kering 2 tangkai basuh dan potong serong dan buang biji
minyak zaitun 3 sudu makan
butter 2 sudu makan
lada hitam 1 sudu makan tumbuk
sotong ikut suka
udang ikut suka
secubit garam

cara-cara memasak....

1) Rebus spaghetti dengan sedikit minyak dan sedikit garam, aku suke rebus pakai api slow dan agak-agak 20 minit memang terbaik (tos kan)

2) Tuang minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang putih hingga kekuningan

3) Masukan udang dan sotong --- agak-agak 80% nak masak, masukan cili kering

4) Masukan lada hitam yang telah ditumbuk

5) Masukan spaghetti, gaul-gaul ratakan

6) Masukan butter dan garam, gaul-gaul dan ratakan sekali lagi

7) Tutup api

8) Sedia untuk di ngapppppp...


selamat mecuba...


Tuesday, 8 April 2014

SAYA SUDAH BERKHATAN

hai alls,

Pada 17 Okt 2013, my ensem boy telah selamat berkhatan di klinik.... Alololoooo he's so cute... ngeh...ngehh... Pada mulanya kami semue tak percaya yang iman sangat berani... he is 6years olds... ramai tanyer aku, tak kecik sangat lg ker...ohoooo dah die nak, tunggu aper lagi... 



luv u sayang....

Orang yang paling risau...ofokos my mother dan abah... Abah sampai-sampai klinik jer terus hilang hahahaaaa kelakar btul lah. Mak berani sikit tapi tak nak masuk.. Yang masuk just iman dan ayah.. Sikit pun tak sakit katenyer... Dah balik rumah atok dalam 10 minit myb bius nak habis ader la kuar air mata 3.... 4..... titis....

1 APRIL TO 30 APRIL

Haii all...

yuhuuu

Dari 1 April hingga 30 April 2014... im FREE...

FREE dari tekanan kerja sebab aku CUTI TANPA GAJI....

dan

SANGAT-SANGAT INGIN MENUMPUKAN SELURUH JIWA DAN RAGAKU UNTUK KELUARGA TERCINTA...BAK KATA ORANG, DUIT BOLEH CARIK KASIH SAYANG SUAMI DAN ANAK-ANAK TIDAK BOLEH DICARI...
 
Banyak benda yang ingin aku buat sebenarnya :
  1. Aku nak berehat hanya 30 hari tanpa memikirkan tekanan kerja...datang ofice pagi buta carik parking huh yang memang main selit jer dan tak berapa selamat kereta aku.
  2. Aku nak masak hari-hari....(yes im do it)
  3. Ganti puasa...(yes im do it but baru 2 hari ganti...)
  4. Bersenam sebab dah gemok sangat (kuiii...kuiii baru buat sekali)
  5. Bersihkan setiap pelusuk rumah... (50% aku berjaya)
  6. Menyediakan lunch box untuk sarah....(yeahh menjadi dan dia pun suka)
  7. Memanjakan diri...(makeover lah sikit)
  8. Membasuh mengemas melipat mengosok pakaian dan sesi membuang segala bende yang tak perlu lagi (yang nie baru yang 30% sayang laaaaa betul... -----)
  9. Mengambil kesempatan semasa aku bercuti nie untuk membeli baju raya anak-anak (dah buat just tinggal kasut dan boleh la nak beli extra lagi...kalau ada duit extra)

Akhir kata...

MEMANG BEST DUDUK RUMAH...HEAVEN