Thursday, 4 October 2012

WAKTU YANG MUSTAJAB BERDOA



Bismillahir rohma nir rohim

SANTAPAN ROHANI -
WAKTU YANG MUSTAJAB BERDOA

... Allah SWT berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN ORANG YANG BERDOA, apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186)...

BERDOA ADALAH OTAK IBADAH... Begitulah besarnya kedudukan doa.. Lagi banyak kita minta, lagi disayangi Allah.... berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi, malah dicercanya lagi.... AGAR DOA KITA MUDAH DITERIMA, kita patut tahu waktu yang sangat mustajab berdoa, antaranya:

1 - WAKTU SEPERTIGA AKHIR MALAM, ketika orang lain nyenyak tidur.. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19).... Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan.. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).... WAKTU INI MAJORITI UMAT MASIH NYENYAK DIBUAI MIMPI....

2 - WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH, iaitu ketika menunggu solat berjemaah.. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat... KECUALI MEREKA YANG GEMAR SOLAT BERJEMAAH....

3 - PADA WAKTU SUJUD... Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.. Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim).... MAJORITI UMAT JUGA TIDAK SUKA BERSUJUD LAMA-LAMA....

4 - SELEPAS SOLAT FARDHU... Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat... Allah berfirman, maksudnya:“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40).... Oleh kerana itu, Imam Syafie menganjurkan memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.... Dianjurkan membaca doa dengan perlahan, sepertimana firman Allah: “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Q.s. al-A'raf: 55)...

5 - PADA WAKTU KHUSUS... Umpamanya satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.... Sementara dalam hadis Abu Daud, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya di akhir waktu Asar.... Waktu lain yang mustajab ialah pada HARI ARAFAH, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, pada bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan...


No comments:

Post a Comment