Sunday, 6 October 2013

BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI IBU BAPA YANG BAIK

  1. Jangan pukul anak dari lutut keatas.
  2. Jangan gunakan tangan atau anggota kita untuk memukul anak, nanti anak bertambah degil.
  3. Rotan anak ditelapak tangan. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang kebahagian otak.
  4. Sabda Rasullulah s.a.w "berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, geletek lah, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas umur tujuh tahun hingga empat belas tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pegajaran).
  5. Mulakan hidup anak anda dengan panggilan nama yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan mengakibatkan anak akan merasa malu dan rendah diri. (Dalam islam memanggil panggilan yang baik adalah digalakan.)
  6. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang peluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat)
  7. Pandanglah anak anda dengan pandangan penuh kasih sayang. (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih keyakinan diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  8. Berikan pujian apabila mereka melakukan kebaikan.
  9. Jangan mengharapkan anak anda yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
  10. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis mengatakan anak-anak akan terus membesar, masa akan terus berlalu dan tidak akan kembali)
  11. Jangan mengeluh depan anak-anak kerana akan membuatkan anak-anak merasakan mereka sebagai beban.
  12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  13. Dengarlah cerita mereka, cerita itu anda tak akan dapat dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran untuk bercakap secara automatiknya akan mengajar mereka tentang giliran untuk bercakap.
  14. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara menenagkan diri, mereka akan menirunya.
  15. Buatkan sedikit persediaan untuk anak anda menyambut hari jadinya. Sediakan hadiah harijadi yang unik walaupun murah. Keunikan itu akan membuat anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  16. Dengarlah cerita mimpi ngeri anak anda kerana mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  17. Jangan biarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  18. Hargailah permainan kesayangan mereka, dalam masa yang sama mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
  19. Terima lah yang adakala kita bukan ibubapa yang sempurna, ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
  20. Jangan slalu membawa beban kerja balik ke rumah, anak-anak akan merasakan kerja lagi penting daripada mereka.
  21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka dan untuk tarik perhatian kita, adakalanya hanya sound effect sahaja air mata langsung tak keluar. Walaubagaimana pun dengarlah, dua puluh tahun akan datang kita tak akan dengar lagi tangisan itu...Ya allah...mesti kita merindui semua ini kan..

DALILA

No comments:

Post a Comment